Pneuapps

Pneuapps Free App

Rated 5.00/5 (1) —  Free Android application by MOHAMAD SHAHRIL BIN IBRAHIM

About Pneuapps

Penghasilan aplikasi ini penting dijalankan di politeknik ini kerana ianya dapat memberi alternatif baru dan dapat membantu pendidik untuk menggunakan pendekatan yang kreatif dan berinovasi dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Perbandingan tahap kefahaman pelajar berdasarkan pendekatan konvensional dan pendekatan berasaskan android adalah penting kerana ianya akan menunjukkan kaedah manakah yang akan memberikan kesan yang lebih baik dalam proses pembelajaran di politeknik. Dengan penghasilan aplikasi ini diharapkan juga dapat menggalakkan implementasi penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan android secara meluasnya pada masa depan bagi membolehkan pelajar politeknik mendapatkan maklumat yang lebih tepat pada kadar yang cepat. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan galakan khususnya kepada para pendidik di politeknik untuk menggunakan android dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu diharapkan kajian ini akan dapat memberikan idea baru kepada Jabatan Pendidikan Teknikal supaya mendedahkan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran kepada pensyarah politeknik supaya lebih bersedia dalam mengharungi pembangunan teknologi berasaskan computer. Pembelajaran melalui aplikasi android dapat meningkatkan prestasi (pelajar) dari segi penyampaian maklumat secara sistematik,memberi maklumbalas segera,meningkatkan motivasi dan mempertingkatkan tumpuan perhatian kepada tugas. Pembelajaran melalui aplikasi ini dapat menggalakkan pelajar lebih berikhtiar dalam usaha mencari maklumat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Bagi seorang pelajar, mereka dapat menerima satu teknik pembelajaran yang baru berbanding kaedah biasa. Pembelajaran akan lebih menarik dan dapat memberi keyakinan kepada pelajar dalam mencari maklumat tanpa kawalan dan batasan waktu. Pelajar mempunyai kebebasan yang merangkumi beberapa tahap dalam membuat keputusan berkenaan dengan pembelajaran yang diikutinya dan melaksanakan keputusan tersebut (Dickinson, 1987).

How to Download / Install

Download and install Pneuapps version 1.1.1.8 on your Android device!
APK Size: 14 MB, downloaded 10+ times, content rating: Not rated
Android package: com.conduit.app_b9d3eb241dd94fc5bfda4b1df60fd271.app, download Pneuapps.apk

All Application Badges

Free
downl.
Android
2.3+
n/a
Not
rated
Android app


Oh snap! No comments are available for Pneuapps at the moment. Be the first to leave one!

Share The Word!


Rating Distribution

RATING
5.05
1 users

5

4

3

2

1