About Birat! - Comic App
Ini adalah Aplikasi Komik untuk prebiu kesemua koleksi Komik Birat karya Ahm Ahmad. Saksikan bagaimana Ahm Ahmad menghasilkan karya humor yang mempunyai maksud disebaliknya hanya dengan satu panel komik sahaja. Hebat!
BiRAT! : Antidot alternatif untuk mereka yang bermasalah untuk menguntum senyum. Komik simple yang didatangkan khas dengan impak yang bessssaaaarrr!!!
- Fikrikacak [ Moque Press ]
BiRAT! adalah himpunan kartun humor dan sinis karya Ahm Ahmad. Seperti kebanyakan pelukis kartun, sifat humor sudah ada dalam diri. Banyak idea yang diperah untuk dicurahkan ke kertas, menjadi kartun yang menarik. Sepanjang membaca komik BiRAT! isu 1 banyak sindiran dan teguran dalam kehidupan seharian. Dalam BiRAT! isu 2 lebih berunsur islamik memandangkan karya itu mendapat tempat pertama dalam cabaran komik dakwah 24 jam beberapa bulan lalu. Keseluruhannya karya Ahm Ahmad senang dihadam dan menarik untuk diberi perhatian. Semoga sukses.
- Aku Napie [ Penulis/Pelukis Bujang Kartun, Robolism dan Gelabah ]
Saya mendapati kartun Birat! oleh Ahm Ahmad ini sangat hebat dan mampu menjadi pesaing kuat kepada Fanikatun. Disebabkan itulah saya menjemput Ahm Ahmad untuk bersama menyiarkan kartunnya di FB Page Fanikatun. Bak kata pepatah, ‘Keep your friends close and your enemies closer. ‘
- Ahmedfani [ founder Fanikatun ]
Masa aku baca Birat! kejap-kejap aku gelak besar, ada masa aku sengih hikhikhik, lain waktu aku sentap dan serius. Kalau aku ada kuasa, aku akan pastikan Birat! jadi komik wajib dimiliki oleh setiap orang yang ada di dunia, tak kiralah dia faham atau tidak apa yang Ahm Ahmad sampaikan. Hahaha.
- Hafiz Latiff [ Pengarah Urusan Legasi Oakheart dan Kuras Buku ]
Birat! tidak pernah meleset. Tidak berselirat, penyampaian tegak dan penuh mesej.
- Tengku Rahman [ regu Artjakulasi ]
Membaca Birat! seperti mengambil vitamin setiap hari. Kesuraman hidup anda akan hilang. Percayalah anda tidak akan menyesal membelinya. Thumb up Ahm Ahmad!
- Artzam [ founder matkomik.com ]
Download and install
Birat! - Comic App version 1.1 on your
Android device!
Downloaded 100+ times, content rating: Everyone
Android package:
matkomik.komikbirat, download Birat! - Comic App.apk
by M####:
I just know BIRAT fews day ago but its cheer up my day... really love it! Thax BIRAT for this apps really Great!!